KakiGolf

THE PROSHOP => Golf Tips & Advice => Topic started by: medlateq on March 17, 2014, 07:34:00 AM

Title: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: medlateq on March 17, 2014, 07:34:00 AM
Assalammualaikum & hi all,
Koi selalu tengok ramai kekawan koi cabut stok shaft,then pasang AD TOUR.

Soalan koi,apa kelebihan AD Tour ni banding dengan Aldila (betoi ke eja tu) ke,fujikura ke,mitsubishi ke? Kalau benor2 ada perbezaan dengan NVS Aldila oren yang koi pakai sekarang nak juga mencuba AD Tour ni.

Soalan lagi: shaft AD Tour ni ada regular flex ke?weight paling ringan?

Moga ada kekawan yang sudi tolong perjelaskan.terima kasih.

Info:
Ayam je..
Driver Titleist 910D2 10.5°.NVS Aldila 55g regular flex shaft.
Avarage driver distance: 240-250yards.
*koi=aku (salah satu loghat pahang)
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: sPurrLlyJack on March 18, 2014, 01:51:49 PM
untuk maklumat...nak tukar2 shaft ni hanya untuk golfer yang ada late release of golf club semasa downswing..maksud dia dalam bahasa mudah,,kalau handicap masa tinggi dan swing masih macam hacker lagi, kalau tukar shaft yang berubah ialah jumlah wang dalam akaun bank je  ;D

Equipment dalam golf dikatakan bagus disebabkan dua perkara : 1. Syarikat golf tsb sponsor pro2 bagai nak gila dan yang kedua 2.  syarikat golf tersebut telah keluarkan beberapa equipment yang sangat memuaskan dan pengguna mula ada keyakinan

untuk driver shaft pulak, tour ad telah keluarkan shaft driver yang bagus dan memuaskan ramai pengguna sejak tempoh 5-7 tahun lepas..ramai pro pun suka dan guna..contohnya tiger woods, inbee park ...sebab tu harga dia mahal..mitsubishi ke fujikura ke semua nya bagus...faktor yang penting adalah berat shaft, yang akan mempengaruhi distance driver dan juga swing kita..berat shaft sgt penting...

tour ad datang dalam regular flex...abang kena try try driver kawankawan la..kalau dapat distance 240-255 dah, rasanya tak perlu tukar shaft..cuma kalau direction asyik lari, berat shaft yang lebih tinggi diperlukan untuk kurangkan dispersion
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: medlateq on March 19, 2014, 07:40:20 AM
Good info bro Jack.
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: mizunocobra on August 28, 2014, 06:35:56 PM
bagaimana pula dengan shaft yg stiff flex?cmner nk handle driver yg mempunyai stiff flex shaft tu bro? O0
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: Ateh on August 28, 2014, 08:29:34 PM
Betul kata spurrllyjack, drive sy lebih kosisten setelah tambah berat sebelum ini selalu ke kanan iaitu kembang kini shaft telah di tukar dari regular kepada stiff.
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: mrfeelgood on August 28, 2014, 09:34:46 PM
Shaft AD Tour patah akibat ketaq seflight dgn Ateh time main kat PDGCC seblom posa aritu.,
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: Ateh on August 28, 2014, 10:26:49 PM
Eleh...,teeopp nyer berdesup tu yg patah tu. Ini driver yg ke 2 yg patah first driver fourteen. Kuat,kuat. Hahaha...
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: AJ on August 28, 2014, 10:35:11 PM
sampai patah driver.. heee takuuuuuutt nyerrrr...
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: KING ACAK on August 29, 2014, 09:13:35 AM
Betul kata spurrllyjack, drive sy lebih kosisten setelah tambah berat sebelum ini selalu ke kanan iaitu kembang kini shaft telah di tukar dari regular kepada stiff.

patutlah ateh tee off lurus skrg....nyesal main ngan ateh.
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: KING ACAK on August 29, 2014, 09:25:06 AM
bagi saya yg hcap tinggi lah.

The most important for shaft :

1. Kick point. US spec mostly mid kick and Japan spec mostly low or low mid kick. kesannya adalah pada trajectory bola. low kick fly bola tinggi. mid kick bola fly rendah. in simple words, mid kick untuk fast swing tempo and vice versa.

2. Berat shaft. Heavy vs Light. Keberatan shaft adalah penting utk kawal tempo swing golfer. kalau pakai shaft ringan (konon nak swing laju) tapi gola slice atau hook better pakai berat sikit. Kalau shaft berat tapi xde distance and bola x naik. better pakai shaft ringan sikit. Ideally pakai yg optimum weight yg ngan dengan swing tempo.

3. lepas dah dapat shaft yg ngam, adjust Berat club head. kalau kapla ringan tenancy hook tinggi. so cari lah kedai fitting tambah swing weight. kalau swing weight berat masuk lambat club head akan open and bola ke kanan (bukan slice). average golfer berat club head dari D0-D4.

4. Semua di atas pokok pangkal swing. Swing kena betul. tak mau out-in atau in-out. Arc Swing kena boolat. ngam ho.

5. Brand....depends. mau kasi gempak opponent kasi pakai brand yg glamour hahaha.

my 2 cents.
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: Ateh on August 30, 2014, 08:03:14 AM
Betul kata spurrllyjack, drive sy lebih kosisten setelah tambah berat sebelum ini selalu ke kanan iaitu kembang kini shaft telah di tukar dari regular kepada stiff.

patutlah ateh tee off lurus skrg....nyesal main ngan ateh.

Citttt apa guna teeoff lurus tapi score doublebogey?. Adoyai...
Title: Re: Memilih Shaft Untuk Driver
Post by: shaiful on August 31, 2014, 07:42:12 AM
Info yg berguna utk smua. Tk pro2 smua...