Author Topic: PELAWAAN UTK MENJADI AHLI KOPERASI GOLF BERSATU SELANGOR BERHAD  (Read 2466 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9719
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17


PELAWAAN KPD WARGA KAKIGOLF UTK MENJADI AHLI KOPERASI GOLF BERSATU SELANGOR BERHAD

Assalam dan salam sejahtera buat semua warga KakiGolf!

Untuk makluman semua, keahlian untuk menjadi ahli Koperasi Golf Bersatu Selangor Berhad (KGBSB) sekarang ini dibuka kepada semua warga KakiGolf.

Sila baca dengan teliti sekiranya anda berminat untuk menyertai koperasi ini.

1.   Anda perlu muat-turun "Borang Permohonan Untuk Menjadi Ahli" yang telah saya lampirkan sekali dengan posting ini. Hanya klik link "Attachment" di bahagian bawah posting ini untuk muat-turun borang tersebut. (PERHATIAN: Anda perlu "log-in" untuk dapat lihat “attachment” untuk borang tersebut) .
 
2.   Sila lengkapkan borang permohonan sepertimana yang dikehendaki KECUALI ruang di mana anda diminta untuk mengisikan Nombor Keahlian KakiGolf. Sila kosongkan ruang ini. Pihak kami akan mengekemaskinikan maklumat ini.

3.   Setelah selesai borang ini diisi, sila ambil foto borang yang telah lengkap dan kirimkan foto tersebut kepada saya samada melalui:

(i) PM saya di forum ini
(ii) Emel saya ( kamal@kakigolf.com ) atau
(iii) Whatsapp saya ( 016-6929759 ) --> Whatsapp Sahaja! Panggilan tidak akan dilayan.

Pastikan foto yg dikirim diambil dengan sempurna di mana kesemua maklumat yang di minta dapat dilihat dengan jelas.

4.   Tiada bayaran yang perlu dibuat pada waktu ini. Anda perlu membuat bayaran hanya setelah permohonan anda diluluskan. Untuk pengetahuan anda butiran pembayaran yang perlu dibuat sekiranya permohonan anda berjaya adalah seperti berikut:

(1)   Yuran Keahlian: RM100.00
(2)   Yuran Pemprosesan: RM20.00
(3)   Harga 1 (satu) Unit Saham: RM100.00 (Minima)

* Anda boleh memilih samada untuk:

(1) Menjadi ahli sahaja tanpa pembelian sebarang saham ATAU
(2) Menjadi ahli dan pada waktu yang sama, membeli saham juga.
(3) Buat masa ini maksima unit saham untuk seseorang ahli dihadkan kepada 10 (sepuluh) unit sahaja.
(4) Senaskah Undang-undang Kecil KGBSB juga akan anda terima sekiranya permohonan anda diluluskan.

Sekiranya anda perlu penerangan yang lebih lanjut sila post pertanyaan anda di thread ini.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA  ;D


KLIK ATTACHMENT DI BAWAH INI UTK DOWNLOAD BORANG! 
« Last Edit: April 01, 2016, 12:33:59 PM by mrfeelgood »

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9719
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: PELAWAAN UTK MENJADI AHLI KOPERASI GOLF BERSATU SELANGOR BERHAD
« Reply #1 on: April 01, 2016, 12:51:39 PM »
Alhamdulillah! Banyak juga panggilan dan pertanyaan yang saya terima. Kalau kita lihat di atas, semalam saya post, pagi ni thread ni dah dapat lebih dpd 300 page views. Hampir 30 borang telah di muat-turunkan. Terima kasih atas minat dan sokongan yang diberi. 

Tapi sepertimana yang saya telah nyatakan di atas, tak perlu "call" saya. Whatsapp saya pun sudah memadai. Kelamkabut jugak saya nak menjawab setiap panggilan dan pertanyaan. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila post pertanyaan anda di thread ini. Insya-Allah pihak Koperasi akan cuba menjawab pertanyaan anda. Kerjasama tuan2 semua amat saya hargai.

Seperkara lagi ... Ramai juga yang call utk memberitahu saya yg mereka tak tahu macam maner nak download sbb mereka tak nampak link utk download borang permohonan itu. Sekali lagi ... Sepertimana yg telah saya nyatakan di atas, anda perlu "log-in" untuk download borang tersebut. ini bermakna kalau anda bukan ahli KakiGolf.com, mmg anda takkan boleh download borang itu. Penyelesaiannya senang saja .... Register lah dulu kat forum ni. PERCUMA je! Tiada bayaran pun yg dikenakan. Klik link kat bawah ni utk daftar kat forum ni:

http://kakigolf.com/forum/index.php?action=register

Dan sekiranya anda terlupa password anda, klik pulak link yg ni:

http://kakigolf.com/forum/index.php?action=reminder

Sekian. Terima kasih.

Wassalam
« Last Edit: April 01, 2016, 01:06:57 PM by mrfeelgood »